Padah tampar isteri, suami dipenjara setahun

Mohd Hafiz dipenjara setahun selepas mengaku menampar isterinya di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
Mohd Hafiz dipenjara setahun selepas mengaku menampar isterinya di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Seorang lelaki dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana menampar isterinya dalam satu pertengkaran di rumah mereka,17 April lalu.

Tertuduh, Mohd Hafiz Mohamad, 25, dari Marang dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan di hadapan Majistret, Abdul Hayyi Salim.

Berdasarkan pertuduhan Mohd Hafiz didapati menyebabkan kecederaan Nur Aina Diana Mat Yaman, 32, di sebuah rumah di Kampung Alor Atas Tol, di sini, kira-kira jam 9 malam pada 17 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, tertuduh turut mengaku kesalahan sama dengan memukul anak tiri perempuannya berusia 8 tahun pada masa, tempat dan tarikh sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim ketika pendakwaan meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood kemudian menetapkan 13 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk fakta dan jatuh hukuman.

Artikel Berkaitan: