Bakal jemaah haji Malaysia KT01

A
A
A
Bakal jemaah haji Malaysia mendaftar masuk di Kaunter Jabatan Imigresen pada Majlis Mengucap Selamat Jalan kepada Bakal Jemaah Haji Malaysia Penerbangan Pertama (KT01) ke Tanah Suci Musim Haji 1444H/2023M di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal tadi.

Pesawat pertama yang membawa 284 bakal jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini berlepas ke Tanah Suci pada awal pagi Ahad dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MH 8056).