LBS raih lapan anugerah di Anugerah StarProperty 2023

A
A
A

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MGB, Isaac Lim menerima trofi di Anugerah StarProperty 2023 daripada Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Star Media, Lydia Wang (kanan) di sebuah hotel di Kuala Lumpur, di sini, malam tadi. MGB, cabang pembinaan rasmi dan anak syarikat LBS, merangkul ‘Anugerah Rumah Bantuan (Cemerlang) bagi Kategori Kerajaan untuk projek Rumah Idaman BSP.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MGB, Isaac Lim menerima trofi di Anugerah StarProperty 2023 daripada Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Star Media, Lydia Wang (kanan) di sebuah hotel di Kuala Lumpur, di sini, malam tadi. MGB, cabang pembinaan rasmi dan anak syarikat LBS, merangkul ‘Anugerah Rumah Bantuan (Cemerlang) bagi Kategori Kerajaan untuk projek Rumah Idaman BSP.

SHAH ALAM - Pemaju syarikat perumahan dan hartanah, LBS Bina Group Berhad (LBS) berjaya merangkul lapan anugerah berprestij di Anugerah StarProperty 2023.

Antara lapan anugerah tersebut ialah Anugerah Rumah Bantuan (Setempat) -Idaman BSP (Cemerlang), Anugerah Rumah Permulaan (Bangunan Tinggi) di dalam kawasan Kuala Lumpur - Kediaman Berprestij (Kepujian), Anugerah Mesra Keluarga (Bangunan Tinggi) di dalam kawasan Kuala Lumpur - Melodi Perdana (Merit), Anugerah Kategori ‘Skyline’ (Pencakar Langit) - Residensi Bintang Bukit Jalil (Merit), Anugerah Kategori Kejiranan (500 - 2,000 ekar) - KITA @ Cybersouth (Merit), Anugerah Pemaju Hartanah Pilihan, Anugerah Bangunan Seni Bina Pilihan - Cameron Centrum dan Anugerah ‘All-Stars’.

Kejayaan membolot anugerah bagi kategori Pemaju Hartanah yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, malam tadi, adalah satu pencapaian membanggakan LBS dalam industri hartanah.

Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan, berkata, LBS telah beroperasi dan berkembang dengan baik sejak beberapa tahun lalu dan kini tumpuan diberikan kepada kecekapan dalam pembangunan hartanah.

“Kejayaan kami di dalam menyediakan projek hartanah ikonik di negara ini seiring dengan peningkatan ruang capaiannya di seluruh Malaysia. Ini semua berupaya dilakukan menerusi komitmen berterusan ke atas kualiti, kawalan kos yang disiplin serta dedikasi tinggi di dalam memastikan kepuasan pelanggan terjamin.

LBS Bina telah meraih lapan anugerah berprestij di Anugerah StarProperty 2023.
LBS Bina telah meraih lapan anugerah berprestij di Anugerah StarProperty 2023.

“Kami gembira kerana hasil kerja keras ini telah berjaya membuahkan hasil dan diiktiraf secara positif. Anugerah ini merupakan penanda aras bahawa kami berada di laluan yang betul dan akan terus menyediakan hartanah bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat dan komited untuk mencapai kecemerlangan dan melihat pengiktirafan ini sebagai motivasi untuk terus maju ke hadapan di samping membawa LBS ke tahap yang lebih tinggi,”katanya.

Anugerah StarProperty yang dianjurkan oleh StarProperty Group dianggap sebagai suatu platform terbaik dan menerima pengiktirafan tertinggi bagi setiap pembangunan.

Pada edisi tahun ini, ia menampilkan sebanyak 44 buah kategori, termasuk lima kategori baharu sebagai penghargaan kepada individu dan syarikat yang layak serta dilihat meningkatkan pertumbuhan ekonomi industri hartanah negara.

Panel hakim terdiri daripada wakil dari institut Pereka Dalaman Malaysia, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) dan pemimpin dari pelbagai disiplin.