Tinjauan keadaan pasca insiden kebakaran asrama pelajar

A
A
A
Blok bangunan asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato' Haji Abu Hassan Sail (kanan) yang terlibat dalam kejadian kebakaran pada tahun lepas, ketika tinjauan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan membaik pulih asrama lelaki sekolah berkenaan yang terbakar pada 31 Julai tahun lepas.

Anwar berkata peruntukan sebelum ini yang diluluskan hampir RM3 juta dan dengan penambahan itu jumlah keseluruhan yang diluluskan adalah RM3.89 juta.