Pemuda PH Pahang buat dua laporan polis terhadap Lokman

Mohd Mustaqim (dua, kiri) bersama barisan kepimpinan Pemuda PH membuat laporan polis di IPD Kuantan, semalam.
Mohd Mustaqim (dua, kiri) bersama barisan kepimpinan Pemuda PH membuat laporan polis di IPD Kuantan, semalam.
A
A
A
KUANTAN - Dua laporan polis dibuat oleh Pemuda Pakatan Harapan (PH) Pahang terhadap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berhubung penganjuran program Santai Teh Tarik bersama 4 Putera Mahkota yang berlangsung di Mahkota Parade, Bandar Hilir, Melaka seperti yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Timbalan Ketua Pemuda PH Pahang, Mohd Mustaqim Abdul Jalil berkata, laporan terbabit dibuat oleh PH di daerah ini dan satu lagi di Bentong.

Menurutnya, tindakan tegas perlu diambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Lokman yang dipercayai mencemar institusi istana dengan penganjur program terbabit tanpa pengetahuan Putera Mahkota di tiga negeri iaitu Pahang, Johor dan Selangor.

“Kami mendesak agar tindakan undang-undang dikenakan terhadap Lokman kerana telah mencemarkan namaPemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Riayatuddin.

“Ini kerana perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan kerana ia berkait dengan kerabat raja,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, semalam.
Artikel Berkaitan:


Hadir sama, Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Mohd Ibrohim Mazalan dan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Koh Yen Yee.