Izara sekat pengikut biadab

Foto Instagram Izara Aishah
A
A

PELAKON cantik, Izara Aishah berjaya mengenal pasti pengikut Instagram yang berfikiran negatif dan biadab hanya menerusi posting yang dimuat naik di Instagram.

Jelas selebriti berusia 26 tahun ini, dia sengaja membuka komen di posting gambar terbaharu semalam setelah lebih setahun menutupnya bagi menyekat pengikut yang tidak perlu.

Malah gambar yang dimuat naiknya semalam sebenarnya menjelaskan perbezaan antara pembenci dan pengkritik.

Izara Aishah - Foto Instagram Izara Aishah
Izara Aishah - Foto Instagram Izara Aishah

"Ada alasan di belakang setiap perkongsian saya. Sebab saya membuka ruangan komen di sebelah (posting terdahulu) memberi kesempatan untuk saya menyekat anda yang berfikiran negatif untuk datang ke akaun saya.

"Ada perbezaan antara benci dan kritik. Bukan itu sahaja, ada juga perbezaan antara kebebasan bersuara dan bertindak biadab.

"Saya tidak akan memberi anda peluang untuk tidak menghormati orang lain di akaun Instagram saya," tulisnya.

Sebelum ini, isteri kepada Adib Khalid ini telah memilih menutup akaun Instagramnya sejak tahun lalu dan membuatkan dirinya kini lebih tenang.

Malah dia juga berharap andai ada sesiapa yang mahu bercakap atau mengatakan sesuatu kepadanya, tampil secara bersemuka sahaja tanpa berselindung menerusi akaun palsu.