Syed Ali Alhabshee sertai Amanah?

Syed Ali Alhabshee
Syed Ali Alhabshee
A
A
A
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang mengumumkan keluar Umno baru-baru ini dikatakan menyertai Amanah.

Sumber dalaman memaklumkan Sinar Harian bahawa keahlian beliau sebagai ahli parti itu akan diumumkan dalam konvensyen Amanah yang berlangsung di Ipoh, Perak.

"Ya, keahlian beliau untuk menyertai Amanah telah diluluskan semalam," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Namun masih tidak dapat dipastikan pengumuman rasmi penyertaan Syed Ali itu akan dibuat bila.

Konvensyen Amanah akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga Ahad.
Artikel Berkaitan:


Syed Ali pada 24 September lalu mengumumkan keluar parti demi menjaga survival orang Melayu di Wilayah Persekutuan selepas 22 tahun menyertai Umno.