'Guardians of the Galaxy: Vol. 3' ungguli 'box office' Amerika Utara

No Image Caption
A
A
A

FILEM adiwira Disney dan Marvel Studios, Guardians of the Galaxy: Vol. 3 kekal di puncak carta box office (pecah panggung) Amerika Utara dengan anggaran kutipan tiga hari berjumlah AS$60.5 juta pada hujung minggu kedua tayangannya.

Ia berdasarkan data daripada firma penilaian Comscore yang didedahkan pada Isnin, lapor Xinhua.

Selepas 10 hari ditayangkan, Guardians of the Galaxy: Vol. 3 mengutip AS$213.2 juta di Amerika Utara hingga Ahad.

Di luar negara, filem itu memperoleh AS$152.4 juta hujung minggu ini, menjadikan kutipan terkumpul antarabangsa kepada AS$315.6 juta.

Di seluruh dunia, Guardians of the Galaxy: Vol. 3 mengumpul AS$528.8 juta, dengan AS$58.4 juta datang dari tanah besar China.

Guardians of the Galaxy Vol. 3 yang ditulis dan diarahkan James Gunn merupakan sekuel terakhir dalam trilogi filem Guardians of the Galaxy dengan dibintangi Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Karen Gillan dan Pom Klementieff.

Sementara itu, filem The Super Mario Bros Movie di tempat kedua dengan kutipan AS$13 juta diikuti filem komedi romantik Book Club: The Next Chapter dengan mengumpul AS$6.5 juta pada minggu pembukaannya. - Bernama