Ibu keracunan guna sumber air telaga

Kerja-kerja membersihkan telaga di rumah Khalijah Awang, 75, selepas mangsa mengadu pening dan lemau.
Kerja-kerja membersihkan telaga di rumah Khalijah Awang, 75, selepas mangsa mengadu pening dan lemau.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang warga emas mengadu pening dan lemah seluruh badan selepas menggunakan sumber air telaga di rumahnya di Kampung Bukit Merbau, Selising, Pasir Puteh, semalam.

Kejadian menimpa mangsa, Khalijah Awang, 75, selepas beberapa jam dia selesai makan tengah hari dan minum pada jam 3 petang.

Anak mangsa, Aizul Mamat, 28, berkata, ketika kejadian ibunya bersendirian di rumah.

Katanya, dia menerima panggilan telefon daripada ibunya yang mengadu pening dan lemah seluruh badan.

“Mulanya, jiran membantu dan memberi minum air kelapa sebelum membawa ibu ke Klinik Kesihatan Selising.

“Doktor yang merawat ibu mengatakan dia mengalami keracunan dan menerima suntikan sebelum dibenarkan pulang serta keadaan sekarang bertambah baik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Air dan lapisan tanah pada bahagian atas dalam telaga Khalijah Awang, 75, dibuang serta dicuci sebelum digunakan semula.
Air dan lapisan tanah pada bahagian atas dalam telaga Khalijah Awang, 75, dibuang serta dicuci sebelum digunakan semula.

Menurutnya, mereka turut menjumpai bangkai tikus yang mati berhampiran telaga dan sememangnya sudah lama menggunakan sumber air telaga berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Cuma, sejak akhir-akhir ini, banyak tikus yang berkeliaran di kawasan telaga dan ibu turut meletakkan racun untuk perangkap tikus-tikus berkenaan.

“Kami tidak tahu punca ibu keracunan. Kemungkinan ia berpunca daripada kekotoran yang dibawa tikus tersebut atau racun tikus yang terjatuh ke dalam air telaga,” katanya.

Sehubungan itu, dia dan adik-beradik yang lain membantu membersihkan semula telaga berkenaan bagi memastikan kebersihan airnya.

“Sebelum ini pun, air yang digunakan dari telaga ini dimasak terlebih dahulu, tetapi kali ini telaga ini perlu dibersihkan sebelum airnya diguna semula.

“Air yang ada di dalam telaga dipam keluar dan bahagian tanah pada lapisan atas dalam telaga dibuang serta dibilas dan dibiar penuh semula dengan air,” katanya.