Air telaga tiub

A
A
A


Penduduk Rafhanah Rau'ah Mohd Zawawi, 18, menunjukkan sistem air telaga tiub di kediamannya ketika ditemui di Kampung Limbat.

Lebih 80 peratus daripada 2,000 penduduk sekitar Kampung Limbat mengambil keputusan menggali telaga tiub berikutan ketiadaan bekalan air bersih daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sejak beberapa bulan lepas.

Masalah ini lebih serius sejak awal tahun ini apabila bekalan air tiada langsung dan ia sangat menyukarkan kehidupan penduduk.