X

Kindly register in order to view this article
!

Disoal pernah terlintas mahu keluar UMNO, KJ balas dengan tawa

Khairy ketika menjawab soalan dari moderator Bicara Minda Tan Sri Johan Jaaffar
A
A
SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hanya tertawa tatkala disoal sama ada beliau pernah terlintas mahu keluar daripada parti keramat itu.

Soalan yang diajukan oleh moderator program Bicara Minda Tan Sri Johan Jaaffar berhubung isu itu, dijawab dengan penuh berhemah oleh Ahli Parlimen Rembau.

Walaupun terdiam seketika seperti memikirkan jawapan terbaik untuk program siaran langsung, Khairy ternyata masih berpegang kuat dengan UMNO.

"Buat masa ini... tidak," ujarnya ringkas.

Namun menurut Khairy, jika wadah perjuangan UMNO sudah tidak seperti perjuangan asal, mungkin ketika itu beliau perlu memikirkan perkara itu semula.

"Jika wadah perjuangan sudah tidak boleh diterima, maka dalam keadaan itu mungkin..." katanya pada program berkenaan di Dewan Karangkraf, di sini hari ini.

Jelas Khairy, jika perjuangan UMNO telah berubah secara ketara, mungkin ketika itu masa untuk beliau bertindak.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!