Formula agihan kerusi 'status quo' taruhan BN-PH?

Rundingan pembahagian kerusi PRN enam negeri di antara BN-PH bakal menentukan sama ada formula status quo diguna pakai koalisi mega itu atau strategi agihan bersesuaian yang lain.
Rundingan pembahagian kerusi PRN enam negeri di antara BN-PH bakal menentukan sama ada formula status quo diguna pakai koalisi mega itu atau strategi agihan bersesuaian yang lain.
A
A
A

BERBAKI sebulan lagi, semboyan ‘peperangan’ parti-parti politik mendepani Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan bakal dibunyikan bila-bila masa.

Setakat ini, Perikatan Nasional (PN) diterajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas dilihat sedikit ke hadapan dari aspek penyusunan strategi politik mendepani pilihan raya negeri berkenaan.

Menggunakan semula acuan PRU15 yang memberi kejayaan besar kepada PN, koalisi itu bersetuju meneruskan strategi agihan kerusi memihak kepada Pas di Kelantan, Terengganu dan Kedah, manakala kerusi DUN di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang dikuasai Pakatan Harapan (PH) dijangka bakal dikongsi Bersatu, Pas mahupun Gerakan.

Di peringkat koalisi mega PH-BN menerusi Kerajaan Perpaduan pula, Presiden BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan proses rundingan kerusi pilihan raya melibatkan dua koalisi itu hampir selesai dan mungkin dimuktamadkan menjelang Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada Ahad ini.

Baca berita selanjutnya di Sinar Premium.