Akta Imuniti bakal dibentang tahun ini

Azalina
Azalina
A
A
A

KOTA TINGGI - Akta Imuniti bagi melindungi negara daripada pelbagai tuntutan asing bakal dibentangkan di Parlimen, tahun ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, pembentangan itu dilihat penting terutamanya dari aspek menjaga kedaulatan, hak, wilayah dan persempadanan negara.

"Saya sebenarnya melihat bahawa Akta Imuniti yang saya sebut itu adalah persediaan kita untuk masa depan.

"Kerajaan menyedari bahawa isu-isu seperti Batu Putih, isu tuntutan... bukan boleh diperkotak-katikkan, tidak boleh ambil mudah.

"Kita mesti mempunyai kefahaman juga kemahiran... sebab bagi saya ini tentang pendekatan perang cara sekarang, mungkin mereka tidak membawa serangan dari aspek serangan dari segi act of war tapi kemungkinan dari serangan lebih kepada phycology war (perang psikologi) dan kita di pihak kerajaan kita akan menentang sehabis-habisnya dari semua aspek," katanya kepada pemberita.

Azalina berkata demikian ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pengerang di Dewan Kejora, Bandar Penawar pada Jumaat.

Tambah Azalina, perkara sedemikian seperti isu kedaulatan hak wilayah dan persempadanan negara tidak boleh diambil mudah serta dipandang ringan oleh mana-mana pihak.

Justeru katanya, langkah membentangkan akta itu di Parlimen amat penting berikutan

"Isu Batu Putih, isu Sulu ni bukan bolah diperkotak-katikkan... kita sebenarnya tak boleh ambil isu territorial rights (tanggungjawab) took for granted, (ambil mudah)," katanya.