'Jualan sempena Ramadan tak pernah mengecewakan'

Azkhalim memilih untuk berniaga baju batik pada Ramadan kali ini.
Azkhalim memilih untuk berniaga baju batik pada Ramadan kali ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keuntungan luar biasa itu mendorong penjaja dan peniaga di Jalan TAR Murniati M Basyir, 62, tetap nekad berniaga memandangkan jualan sempena bulan Ramadan tidak pernah mengecewakannya.

“Saya berniaga di Jalan TAR sejak tahun 1998. Saya menjual pelbagai kelengkapan raya seperti songkok, kain samping, telekung dan capal,” katanya ketika ditemui di gerainya di pasar malam Jalan TAR di sini baru-baru ini.

Rata-rata kebanyakan peniaga pasar malam Jalan TAR akan turut membuat permohonan mendapatkan gerai jualan di bazar Ramadan Jalan TAR.

“Kalau 10 hari sebelum menjelang hari raya Aidilfitri biasanya pendapatan sehari boleh mencecah RM4,000 dan adakala boleh mencapai RM8,000.

“Kalau songkok biasanya boleh terjual antara 50 dan 60 kodi (satu kodi dalam 20 songkok). Telekung pula antara tujuh dan lapan kodi boleh terjual,” katanya.

Murniati yang menjual pelbagai kelengkapan hari raya boleh memperoleh hampir RM100,000 sebulan sepanjang berniaga di Bazar Ramadan Jalan TAR.
Murniati yang menjual pelbagai kelengkapan hari raya boleh memperoleh hampir RM100,000 sebulan sepanjang berniaga di Bazar Ramadan Jalan TAR.

Seorang lagi peniaga di Jalan TAR, Azkhalim Suradi, 47, juga menjadikan Ramadan sebagai ‘bulan bonus’ untuknya berniaga kerana boleh mendapat keuntungan mencecah RM100,000.

“Saya sudah 25 tahun berniaga di bazar Ramadan. Sepanjang tempoh berkenaan, saya jual macam-macam barangan mengikut trend.

Artikel Berkaitan:

“Tahun lepas saya jual kasut kanak-kanak dan mampu dapat untung sebanyak RM80,000,” katanya.

Azkhalim yang juga Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong TAR berkata, pada tahun ini dia menjual baju kemeja bercorak batik memandangkan pakaian berkenaan mendapat permintaan tinggi ketika ini.

Pindah ke Jalan Raja

Bagaimanapun, berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, Ramadan yang hanya bakal menjelma kira-kira tujuh hari lagi dinanti dengan penuh debaran oleh lebih 300 peniaga.

Mereka terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada bazar Jalan TAR apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membuat keputusan memindahkan bazar tersebut ke lokasi baharu di Jalan Raja yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi lama.

 Ida Royana
Ida Royana

Bagi Ida Royana Ariffin, 38, dia mengakui, sukar untuk menjangka sambutan yang bakal diterima di Jalan Raja. Ida yang berniaga menjual cadar di Jalan TAR sejak enam tahun lalu berkata, rezeki di tempat lama memang luar biasa.

“Saya sanggup sediakan stok bernilai RM100,000 untuk pilihan pengunjung bazar. Alhamdulilah, kebiasaannya untung sekali ganda dari jumlah stok saya sediakan.

“Tapi tahun ini berpindah ke Jalan Raja, kita tak tahu lagi suasana dan sambutannya macam mana,” katanya. Kata orang bulan Ramadan di Jalan TAR berniagalah apa sahaja, untungnya pasti ada.

Jangan terkejut kerana peniaga jeruk, Roslan Mohd Nor, 54, yang berniaga pada bulan Ramadan di Jalan TAR boleh mendapat untung sehingga RM100,000 sebulan.

Katanya, atas sebab faktor itulah, dia bersama peniaga Jalan TAR yang lain cukup bimbang kerana mulai hari pertama Ramadan dijangka 6 Mei ini mereka semua akan berniaga di tapak baharu di Jalan Raja.