Bekas penyampai Suria FM Zizi meninggal dunia

Zizi dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka pada jam 1.47 pagi Khamis.
Zizi dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka pada jam 1.47 pagi Khamis.
A
A
A

BEKAS penyampai Suria FM, Ahmad Zuwairi Mohd Nor meninggal dunia pada Khamis, dipercayai akibat lemah jantung.

Ahmad Zuwairi, atau lebih dikenali sebagai Zizi, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka pada jam 1.47 pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian, berita pemergeian Zizi, 42 tahun, dikongsi oleh birasnya, Muhammad Saffuan. Zizi dikatakan dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri pada jam 11 malam di rumahnya.

Menurut isterinya, Noor Hidayah Sabidi, ketika di rumah, Zizi mengadu badannya penat dan masuk ke bilik untuk berehat.

Dia kemudian mendapati suaminya tiada tindak balas apabila dia cuba memanggilnya, lalu terus menghubungi ambulans.

Sebelum ini Zizi pernah dimasukkan ke hospital tahun lalu akibat masalah lemah jantung dan air berlebihan dalam badan.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri serta tiga orang anak berusia antara dua dan enam tahun.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Katil, Melaka, pada Khamis.