Marcos Jr syor Indonesia serahkan pesalah dadah Mary Jane

Hidup mati semula.. .Akhbar Inquirer sudah mencetak berita kematian Mary Jane di muka hadapannya. - Agensi
Hidup mati semula.. .Akhbar Inquirer sudah mencetak berita kematian Mary Jane di muka hadapannya. - Agensi
A
A
A

MANGGARAI BARAT - Presiden Ferdinand Marcos Jr mengesyorkan kepada Indonesia supaya republik itu menyerahkan pesalah dadah warga Filipina, Mary Jane Fiesta Veloso.

Menurut Marcos Jr, Filipina boleh mengenakan hukuman paling wajar terhadap wanita tersebut yang ditahan di Yogyakarta pada 2010 kerana menyeludup dadah.

Marcos Jr mengemukakan syor berkenaan kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi) semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di Labuan Bajo di wilayah Nusa Tenggara.

Mary Jane sebelum ini mendakwa dia menjadi mangsa penipuan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa apabila ditangkap membawa 2.6 kilogram heroin dari Malaysia ke Indonesia.

Nama ibu tunggal itu berada dalam senarai pesalah yang dihukum mati pada 2016.

Bagaimanapun, hukumannya ditangguhkan selepas dalang penyeludupan itu menyerah diri kepada polis Filipina.

Penangguhan itu juga mengejutkan media di Filipina apabila beberapa akhbar sudah mencetak berita muka hadapan bagi mengucap selamat tinggal kepada Mary Jane.

"Usaha untuk membawanya pulang tidak pernah terhenti tetapi kami harus menghormati undang-undang di sini.

"Apa pun, Filipina boleh menjatuhkan hukuman ke atas Mary Jane dan dia juga boleh dibebaskan dengan pengampunan," kata Marcos Jr. - Agensi