Pesawat berpatah balik gara-gara organ tertinggal

Jantung manusia bagi tujuan pembedahan pemindahan organ itu tertinggal dalam pesawat Southwest Airlines.
Jantung manusia bagi tujuan pembedahan pemindahan organ itu tertinggal dalam pesawat Southwest Airlines.
A
A
A
CHICAGO - AMERIKA SYARIKAT.Pesawat milik syarikat penerbangan Southwest Airlines dalam perjalanan dari Seattle ke Dallas terpaksa berpatah balik, selepas mendapati bekas mengandungi jantung manusia, tertinggal di dalam kapal terbang itu.

Southwest Airlines berkata, organ itu diterbangkan ke Seattle dari California bagi tujuan pemindahan organ di sebuah hospital,namun ia tidak diturunkan dari pesawat berkenaan.

Kesilapan hanya disedari ketika pesawat telah berada di timur Idaho, kira-kira 950 kilometer dari Seattle.

“Sebaik sahaja kami menyedari kesilapan tersebut, kami segera berpatah balik ke Seattle,” kata jurucakap syarikat penerbangan itu, Dan Landson.

Southwest Airlines bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai nama syarikat yang menghantar organ itu atau mengesahkan maklumat lain mengenai insiden berkenaan. - AFP
Artikel Berkaitan: