Inisiatif Satu Jalur Satu Jalan bukan rancangan dominasi

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap dengan wakil media Malaysia pada sidang media selepas menyertai Forum Jalur dan Laluan bagi Kerjasama Antarabangsa Kedua hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap dengan wakil media Malaysia pada sidang media selepas menyertai Forum Jalur dan Laluan bagi Kerjasama Antarabangsa Kedua hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

BEIJING - Inisiatif Satu Jalur Satu Jalan (OBOR) oleh China adalah rancangan pembangunan bersama negara peserta dan ia bukan strategi Beijing untuk mendominasi.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau kini lebih memahami inisiatif pembangunan itu dan menyokongnya kerana ia akan memberi kebaikan kepada negara.

“Kita merasakan rancangan Initiatif Satu Jalur Satu Jalan ini bukanlah rancangan dominasi oleh China, yang pada akhirnya akan dikuasai oleh China.

"Sebaliknya ia adalah dasar ciptaan semua negara dan bukan hanya tertumpu kepada China,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama wartawan Malaysia pada akhir lawatan lima harinya ke China untuk menghadiri Forum OBOR bagi Kerjasama Antarabangsa (BRF) kedua yang berakhir semalam.

Forum antarabangsa itu dihadiri 37 pemimpin seluruh dunia dan 5,000 wakil daripada 150 negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: