'Kerajaan hanya berfungsi di mata mereka jika gantung Parlimen'

Ciapan Rafizi di Twitter beliau pada Sabtu.
Ciapan Rafizi di Twitter beliau pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - "Bagi geng-geng pertikaian, agaknya jadi kerajaan ni hanya berfungsi di mata mereka kalau tak bawa idea baru, gantung Parlimen dan hanya keluarkan kenyataan PDF kot," itu sindiran Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Sindiran berkenaan dipercayai ditujukan kepada parti pembangkang, Perikatan Nasional (PN) kerana didakwa mempertikaikan usaha kerajaan meningkatkan ekonomi rakyat.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, ekonomi digital mampu menyediakan peluang kerja dalam bidang teknologi yang seterusnya berupaya memberi gaji lebih tinggi untuk rakyat.

"Bila kerajaan ada strategi tingkat ekonomi digital, dia pertikai itu bukan untuk rakyat kebanyakan. Bila kerajaan buat Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi peluang ekonomi kepada miskin tegar dan B40, geng-geng dia pulak tak nak sambut.

"Kita boleh duduk bawah tempurung, tapi jangan berbangga tunjuk pada semua orang," bidasnya menerusi ciapan di Twitter pada Sabtu.

Pada 24 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2023 berkata, kerajaan akan melaksanakan IPR dengan peruntukan sejumlah RM750 juta kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan bantuan berkenaan.

Program itu menyasarkan peserta meraih pendapatan antara RM2,000 hingga RM2,500 sebulan dalam tempoh pemantauan 24 bulan dan selepas itu dapat menjana pendapatan sendiri melalui hasil yang diperoleh.

Untuk rekod ketika era perntadbiran PN, Parlimen digantung selama enam bulan 20 hari hingga susulan Proklamasi Darurat pada 12 Januari 2021 ekoran penularan Covid-19.