Arsenal perlu tampil berbeza

Arteta tidak mahu Arsenal memandang mudah saingan Newcastle dalam aksi EPL pada Ahad. - Foto EPA
Arteta tidak mahu Arsenal memandang mudah saingan Newcastle dalam aksi EPL pada Ahad. - Foto EPA
A
A
A

ARSENAL perlu tampil lebih baik berbanding musim lalu menjelang aksi menentang Newcastle United pada Ahad dalam misi memburu impian tipis untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Gunners tewas 0-2 di St James Park edisi lalu menyaksikan mereka berada di tangga kelima, manakala Newcastle pula menghuni kedudukan ke-11 EPL.

Bagaimanapun perlawanan malam Ahad berbeza apabila skuad bimbingan Mikel Arteta itu berada di kedudukan kedua, Newcastle pula ketiga dan hanya sekali tewas di laman sendiri tampil dengan misi untuk berada dalam kelompok empat teratas.

“Ia adalah perlawanan yang sangat berbeza. Setahun yang lalu ia menampilkan pemain yang berbeza, permainan yang berbeza. Kami perlu bermain lebih baik daripada apa yang kami lakukan tahun lalu, itu sudah pasti,” ujar Arteta.

Justeru jurulatih berusia 41 tahun itu mahu para pemain lebih waspada kerana Newcastle bukan lawan yang mudah buat The Gunners.

“Newcastle adalah pasukan yang sangat bagus. Mereka dilatih dengan baik memiliki pemain yang bagus dan berada dalam persekitaran kelab yang baik.

“Mereka berada di kedudukan ketiga liga dan berhak untuk berada di mana mereka berada ketika ini,” ujar Arteta.