Pengunjung Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani boleh parkir di PSP

Pihak penganjur turut menyediakan tujuh van ulang-alik untuk membawa orang ramai dari kawasan parkir ke lokasi sambutan rumah terbuka. - Gambar hiasan
Pihak penganjur turut menyediakan tujuh van ulang-alik untuk membawa orang ramai dari kawasan parkir ke lokasi sambutan rumah terbuka. - Gambar hiasan
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Orang ramai yang berhasrat menghadiri sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Pulau Pinang bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang pada Sabtu boleh meletakkan kenderaan di kawasan Politeknik Seberang Perai (PSP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihak penganjur menyediakan lima bas Rapid Penang ulang-alik kepada pengunjung yang meletakkan kenderaan di PSP, tidak jauh dari UiTM Pulau Pinang, bagi memudahkan mereka ke majlis rumah terbuka itu.

Katanya, 2,000 tempat parkir disediakan di PSP khusus untuk memudahkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka di situ bagi mengelakkan kesesakan, atau masalah meletak kereta dalam kawasan UiTM Pulau Pinang.

"Selain di PSP, pihak penganjur turut menyediakan beberapa kawasan parkir dalam UiTM Pulau Pinang bagi memudahkan pengunjung yang ingin ke program itu, namun orang ramai perlu datang awal kerana tempat adalah terhad iaitu kira-kira 1,800 unit (petak parkir) sahaja.