MR D.I.Y lancar koleksi baharu bertemakan Disney

Antara produk yang bertemakan Disney yang terdapat di semua cawangan MR D.I.Y, MR. TOY dan MR. DOLLAR di seluruh negara.
Antara produk yang bertemakan Disney yang terdapat di semua cawangan MR D.I.Y, MR. TOY dan MR. DOLLAR di seluruh negara.
A
A
A

PERUNCIT perkakas rumah, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y) melancarkan koleksi terbaharu bertemakan Disney yang dinamakan ‘Always Magical’ melibatkan 500 produk menampilkan watak-watak Disney seperti Mickey Mouse dan rakan-rakan serta Puteri Disney.

Ketua Pemasaran MR D.I.Y., Alex Goh berkata, rangkaian produk itu boleh didapati di cawangan-cawangan MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR di seluruh negara.

“Rangkaian produk bertemakan Disney oleh MR. D.I.Y. menawarkan sesuatu untuk semua set kutleri dan perkakas dapur, bekas makanan, botol air dan gelas, mainan, serta barangan kegunaan rumah seperti jam dinding.

“Terdapat juga rangkaian aksesori fesyen bertemakan Disney seperti anting-anting, rantai leher, gelang, dan kaca mata hitam untuk setiap acara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Disney adalah jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dan MR D.I.Y ingin meraikannya dengan menjadikan barangan bertemakan Disney yang berkualiti tinggi boleh didapati peminat Disney dari semua peringkat umur dengan harga berpatutan.

“Jam dinding, tumbler dan bekas makanan bertemakan Mickey Mouse adalah kegemaran para pelanggan.

"Apa yang penting kami dapat menambah nilai dan memberi pengalaman membeli-belah lebih baik kepada para pelanggan. Dengan adanya kerjasama dengan Disney, kami dapat menjadikan kunjungan mereka ke MR D.I.Y. ‘Always Magical,” kata Goh.

Selebriti dan pempengaruh bergambar di hadapan MR D.I.Y PLUS Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.
Selebriti dan pempengaruh bergambar di hadapan MR D.I.Y PLUS Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Katanya, MR D.I.Y. juga mengadakan promosi bagi produk-produk Disney terpilih dengan menawarkan diskaun sehingga 30 peratus dan pertandingan 'Belanja dan Menang' bermula 1 hingga 31 Mei 2023.

Untuk tempoh terhad, para pelanggan yang melawat MR. D.I.Y. PLUS di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur boleh mengambil gambar dengan latar belakang bertemakan Disney dan menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan dari 3 hingga 7 Mei 2023 dan berpeluang memenangi hadiah dari MR D.I.Y.