'Bapa disyaki kena serangan jantung' - Anak Ridzuan Hashim

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 16 Hulu Langat selepas selesai urusan bedah siasat. - Gambar/ Instagram Dhaniah Ridzuan
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 16 Hulu Langat selepas selesai urusan bedah siasat. - Gambar/ Instagram Dhaniah Ridzuan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Anak kepada pelakon terkenal, Ridzuan Hashim memaklumkan bapanya meninggal dunia di kediaman sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Khamis.

Dhaniyah memberitahu, jenazah bapanya masih berada di bilik forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.

“Arwah bapa disyaki terkena serangan jantung. Kami kini berada di HKL dan masih menunggu arwah selesai proses bedah siasat. Arwah memang ada sejarah penyakit jantung sebelum ini.

“Setakat ini saya belum dapat kongsi lebih lanjut. Tunggu ibu akan update di media sosial dari masa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Dalam pada itu, bekas isterinya, pelakon Didie Alias memaklumkan jenazah dikafankan di surau kuarters HKL dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 16, Hulu Langat.

“Sesiapa yang ingin melawat arwah buat kali terakhir boleh berkumpul di Masjid Batu 16 Hulu Langat. Solat jenazah di sana,” tulisnya menerusi laman Instagram sebentar tadi.

Pelakon berusia 62 tahun itu menempuh populariti pada awal 90-an dan pernah membintangi puluhan drama termasuk Adam & Hawa, Suara Dari Kubur, Tanah Kubur, Kuasa dan banyak lagi.

Sementara itu, bekas isteri Allahyarham, pelakon Didie Alias memaklumkan jenazah dikafankan di surau kuarters HKL dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 16, Hulu Langat.

“Sesiapa yang ingin melawat arwah buat kali terakhir boleh berkumpul di Masjid Batu 16 Hulu Langat. Solat jenazah di sana,” tulisnya menerusi laman Instagram sebentar tadi. - Awani