Liverpool hanya akan diingati kerana belasah United 7-0

Klopp - Foto EPA
Klopp - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menyalahkan faktor konsisten sebagai kelemahan pasukan itu musim ini dan mengakui kelab itu mungkin hanya diingati kerana kemenangan 7-0 mereka ke atas Manchester United.

Walaupun memenangi tiga perlawanan terakhir mereka termasuk kemenangan 6-1 ke atas Leeds, The Reds telah mengharungi kempen yang mengecewakan.

Mereka tidak mampu mencabar kedudukan empat terbaik dan berpotensi tidak layak ke saingan Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

"Untuk tempoh yang lama, ia sangat bagus. Apa yang kurang tahun ini ialah konsistensi. Itulah yang perlu kita ubah dan itulah yang sedang kita usahakan.

"Ia adalah musim di mana banyak perkara sukar untuk banyak pasukan. Ia tidak hebat untuk Liverpool, tetapi ia membuka pintu kepada pasukan lain. Kesilapan kecil sepanjang musim boleh memberi impak yang besar," katanya.

Ketika disoal sama ada prestasi terbaru menunjukkan Liverpool kembali kepada konsistensi mereka dari musim-musim sebelumnya, Klopp berkata ia terlalu awal untuk menyatakannya.

Dia berkata, musim ini mungkin hanya diingati oleh peminat Reds susulan kemenangan hebat 7-0 ke atas Manchester United di Anfield pada Mac.

"Jika tidak melakukan sesuatu yang benar-benar istimewa musim ini, Liverpool hanya akan diingati kerana membelasah United 7-0.

"Saya harap apabila orang bercakap mengenainya dalam beberapa tahun mereka akan melihat kembali dan (berkata) itu adalah tahun kami menewaskan United 7-0," katanya.