PRU Turkiye: Erdogan muncul semula dalam siri kempen

Erdogan
Erdogan
A
A
A

IZMIR - Presiden Recep Tayyip Erdogan muncul semula dalam siri kempen di barat Turkiye selepas tahap kesihatannya dilaporkan berada pada tahap tidak baik.

Beliau tiba di bandar pelabuhan Izmir iaitu kawasan kubu kuat pembangkang.

Berbaki dua minggu sebelum pilihan raya, bagi memilih Presiden dan Ahli Parlimen, proses kali ini cabaran sukar buat Erdogan selepas 20 tahun berkuasa di Turkiye.

Ketika kempen, beliau berucap selama 40 minit dengan suara yang kuat selain mendakwa hanya beliau mampu membawa kepada perubahan dan pertumbuhan di Turkiye.

Pesaing utamanya untuk jawatan Presiden adalah Kemal Kilic-Daroglu, yang merupakan calon sekular disokong perikatan enam parti.

Edrogan yang berusia 69 tahun itu mengejutkan penonton televisyen di seluruh negara apabila dilaporkan tidak sihat semasa satu siaran langsung, memaksa ia dihentikan.

Beliau mendakwa alami sakit perut semasa siaran berkenaan.

Tinjauan pendapat mendedahkan, Erdogan tidak akan melalui dengan mudah proses pilihan raya kali ini walaupun ramai berpandangan beliau akan terus kekal berkuasa.

Beberapa dasar ekonomi beliau yang tidak popular, masalah inflasi dan kos sara hidup yang tinggi antara beberapa perkara perlu dititik beratkan pengundi, tetapi didakwa tidak begitu dihiraukan Erdogan. - Awani