Jangan takutkan orang Melayu dengan gelombang hijau - Tun M

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak menakutkan orang Melayu dengan ‘gelombang hijau’.

Bekas perdana menteri itu berkata, Malaysia ditadbir oleh kerajaan majoriti Melayu selama 60 tahun dan sepanjang tempoh itu, pembangunan yang pesat telah berlaku.

“Bahkan kaum bukan Melayu mencapai banyak kemajuan.

“Hal demikian tak usahlah cuba menakutkan pemerintahan orang Melayu dengan menconteng mereka warna hijau,” katanya menerusi Facebook pada Jumaat.

Pas melalui PN sebelum ini dilihat berusaha untuk mengekalkan momentum penguasaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah seterusnya menawan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dalam pilihan raya negeri akan datang.

Gelombang hijau yang berlaku pada Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu menyaksikan PN menang kesemua kerusi Parlimen di Kelantan, Terengganu dan hanya tewas satu kerusi di Kedah.