Salah guna nama PKM Rawang perdaya syarikat komputer

Wei Kiat (tengah) menunjukkan laporan polis dibuat susulan terdapat pihak menyalah guna nama PKM Rawang bagi melakukan penipuan secara dalam talian.
Wei Kiat (tengah) menunjukkan laporan polis dibuat susulan terdapat pihak menyalah guna nama PKM Rawang bagi melakukan penipuan secara dalam talian.
A
A
A

RAWANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat mengesan terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyalah guna nama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Rawang bagi memperdaya syarikat pembekal komputer.

Wei Kiat berkata, perkara itu dikesan pada Mac lalu selepas syarikat pembekal tersebut tampil ke PKM Rawang bagi tujuan pengesahan pembelian lima unit komputer riba.

Menurutnya, modus operandi mereka berurusan melalui Facebook menggunakan akaun salah seorang kakitangan pelatih di PKM terbabit bagi tujuan pembelian peralatan tersebut.

"Pelaku menyatakan PKM Rawang sedang mencari lima komputer riba dengan harga RM3,500 untuk anjur satu pertandingan dalam talian.