LLSB menang Anugerah Emas

Trofi dan sijil penghargaan disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Norita Mohd Sidek (kanan) dan Nini Shazrina (kiri).
Trofi dan sijil penghargaan disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Norita Mohd Sidek (kanan) dan Nini Shazrina (kiri).
A
A
A

LANDASAN Lumayan Sdn Bhd (LLSB) memenangi Anugerah Emas untuk kelestarian dalam kerajaan sempena Anugerah Dunia Hijau 2023.

Selangor Maritime Gateaway (SMG) dalam satu kenyataan memaklumkan kertas kemenangan itu juga bakal diterbitkan dalam The Green Book, rujukan antarabangsa terkemuka berhubung amalan terbaik alam sekitar.

“Bersaing dengan lebih 500 pencalonan lain, inisiatif SMG sekali lagi diiktiraf. Kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa sokongan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, agensi negeri, konsultan dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Susulan kejayaan ini, LLSB dipelawa menyertai pergerakan Duta Green World manakala kertas kemenangan diterbit dalam The Green Book, rujukan antarabangsa terkemuka berhubung amalan terbaik alam sekitar,” menurut kenyataan SMG di Facebooknya.

LLSB memenangi Anugerah Emas untuk kelestarian dalam kerajaan sempena Anugerah Dunia Hijau 2023.
LLSB memenangi Anugerah Emas untuk kelestarian dalam kerajaan sempena Anugerah Dunia Hijau 2023.

Trofi dan sijil penghargaan disampaikan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Green Organisation, Roger Wolens kepada Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Norita Mohd Sidek.

Majlis penganugerahan yang berlangsung di Miami, Amerika Syarikat turut disaksikan Pengarah Perkhidmatan Korporat LLSB, Nini Shazrina Ahmad Shamli.

"Kami mengambil kesempatan ini untuk turut mengucapkan tahniah kepada warga Malaysia, Melaka Bandaraya Bersejarah, yang memenangi perak.

"Ini adalah anugerah antarabangsa kedua yang dimenangi oleh LLSB untuk projek SMG. SMG sebelum ini memperoleh perak untuk Inisiatif Kelestarian Kerajaan Terbaik di Anugerah Kelestarian Teluk 2022," tambah kenyataan itu.