Remaja OKU maut, rakan parah disambar petir

Mangsa yang disambar petir meninggal dunia di lokasi kejadian di padang Pekan Papar.
Mangsa yang disambar petir meninggal dunia di lokasi kejadian di padang Pekan Papar.
A
A
A
PAPAR - Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) maut manakala seorang lagi rakannya parah selepas disambar petir ketika bermain bola di sebuah padang di Pekan Papar, pada Selasa.



Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Muhammad Zulqilfle Redzwan, 13, meninggal dunia di lokasi manakala Assiy Qusyairy, 13, dihantar ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, seramai 10 anggota dikejar ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

“Menurut laporan, seramai dua mangsa remaja lelaki disambar petir semasa menjalankan aktiviti sukan bola sepak.

“Pasukan bomba daripada Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) memberi rawatan awal pada mangsa yang cedera sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan.

“Seorang lagi mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan disahkan oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.40 petang.