Edan Syah catat Guinness World Records acara maraton

Edan Syah memakai persalinan lengkap baju Melayu, samping dan songkok pada acara maraton di London, UK Ahad lalu.
Edan Syah memakai persalinan lengkap baju Melayu, samping dan songkok pada acara maraton di London, UK Ahad lalu.
A
A
A

PELARI maraton terkenal, Mohd Syahidah Alias atau lebih dikenali sebagai Edan Syah melakar sejarah baharu Guinness World Records pada acara Edan Syah catat Guinness World Records acara maraton di London, United Kingdom (UK), pada Ahad lalu.

Edan Syah berjaya menamatkan larian sejauh 42.2 kilometer (km) dengan catatan masa dua jam 49 minit 22 saat dengan memakai persalinan lengkap baju Melayu, samping dan songkok.

Beliau berkata, sepanjang 11 tahun menyertai maraton, ini adalah kali pertama dia merakam sendiri saat bersejarah itu menggunakan 360 Camera.

"Saya kongsikan antara klip video untuk semua yang menyokong dan mendoakan kejayaan kami untuk rekod dunia Fastest Marathon dengan berbaju Melayu lengkap!

"Terima kasih semua warga Malaysia di London, setia menunggu dan menyokong dalam hujan lebat dan kesejukan untuk mengambil video dalam reel ini," katanya menerusi hantaran di Instagram.

Edan Syah memecahkan rekod kategori Maraton Terpantas dalam pakaian tradisional Melayu (Lelaki) merupakan perlumbaan jalan raya tahunan kedua terbesar di negara tersebut.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London menerima kunjungan Edan Syah di pejabatnya di UK.

"Baju Melayu tradisional telah diubah suai khas untuk memudahkan laluan sejauh 42km.

"Ia diperbuat daripada bahan kering, dengan seluar berzip untuk memudahkan pergerakan.

"Bahagian atas songkok telah digantikan dengan bahan yang melancarkan aliran udara pernafasan. Baju Melayu adalah lambang budaya dan warisan kita. Kami ucapkan selamat maju jaya kepada Edan Syah," ujarnya.