Dua penganjur Hooray X Fest Raya disambung reman

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambung reman sehari lagi terhadap dua penganjur Hooray X Fest Raya yang dijadualkan diadakan di Pusat Dagangan Putra (WTC), Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, tempoh penyambungan reman itu dibuat ke atas suspek keempat dan kelima penganjur festival beli-belah sempena Syawal.

Katanya, kedua-dua suspek tersebut merupakan pengurus dan pegawai pemasaran majlis Hoorrey X Fest Raya.

"Kertas siasatan telah hampir lengkap dan dijangka dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan penganjuran Hooray X Fest Raya telah dibatalkan pada saat akhir, menyebabkan kerugian dianggarkan berjumlah RM80,800 kepada peserta terlibat.

Lima individu telah ditahan PDRM bagi membantu siasatan lanjut.