Hooray X Fest Raya rugi RM80,800

Hooray X Fest Raya dianggarkan mengalami kerugian berjumlah RM80,800.
Hooray X Fest Raya dianggarkan mengalami kerugian berjumlah RM80,800.
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah kerugian ekoran pembatalan saat akhir festival beli-belah sempena Syawal, Hooray X Fest Raya di Pusat Dagangan Putra (WTC), Kuala Lumpur pada Selasa lalu dianggarkan berjumlah RM80,800.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, anggaran kerugian tersebut adalah berdasarkan siasatan yang masih dijalankan oleh pihaknya ketika ini.

"Kita masih menjalankan siasatan berhubung kes ini dan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM80,800 pada masa ini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Namun begitu katanya, pihak polis masih tidak menerima sebarang maklumat mengenai pemulangan semula wang pembayaran daripada pihak penganjur kepada mangsa.

Sementara itu katanya, dua lagi suspek ditahan bagi membantu siasatan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak lima orang.

Jelasnya, dua individu baharu yang ditahan itu adalah pengurus dan pegawai pemasaran majlis Hoorrey X Fest Raya.

"Suspek keempat dan kelima ini telah ditahan reman selama empat hari bermula dari 21 hingga 24 April (esok)," katanya.