Tunjukkan solidariti pada himpunan #SalamSriLanka malam ini

 Dr Mujahid Yusof
Dr Mujahid Yusof
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menggesa orang ramai yang cintakan kedamaian untuk bersama menyertai himpunan aman #SalamSriLanka di ibu negara malam ini.

Beliau berkata ini penting bagi menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa Malaysia menolak segala bentuk keganasan tanpa mengira warna kulit, agama atau bangsa.

“Rakyat Malaysia perlu menunjukkan solidariti dan keprihatinan kita kepada mangsa dan keluarga mereka. Kita buktikan kepada dunia bahawa kita tolak semua bentuk keganasan. Kita hantarkan mesej keamanan dan keharmonian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Acara itu dijadualkan bermula pada 8 malam ini, di luar pekarangan Gereja St Mary, Jalan Raja.

Lokasi itu dipilih bagi menunjukkan bahawa rumah ibadat merupakan sebuah tempat yang selamat untuk dikunjungi, kata kenyataan itu.

Program #SalamSriLanka dianjurkan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dengan kerjasama Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Penganut Antara Agama (JKMPKA).

Satu siri serangan bom ke atas beberapa hotel dan gereja di Sri Lanka pada 21 April lepas, dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya 250 nyawa. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Puluhan maut dalam letupan di Sri Lanka

Letupan baharu di Sri Lanka

13 suspek diberkas di Sri Lanka

Penduduk Islam di Sri Lanka larikan diri, bersembunyi