Arif Aiman tak pernah tak padu

No Image Caption
A
A
A

BINTANG muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) bagi edisi Februari-Mac 2023.

Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail dalam satu majlis ringkas sebelum perlawanan Liga Super, PDRM FC dan Johor Darul Ta'zim di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Rabu.

Arif Aiman menerima peratusan undian tertinggi sebanyak 47.94 peratus mengalahkan empat calon lain iaitu Park Tae-su (Sabah - 43.38 peratus), Fernando Forestieri (JDT - 4.78 peratus), Faisal Halim (Selangor - 2.98 peratus) dan Ramadhan Hamid (PDRM FC - 0.92 peratus)

No Image Caption

Pemain berusia 20 tahun itu menerima hadiah plak, wang tunai bernilai RM2,000 dan produk minuman protein tajaan OPI.

Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM ini dikelolakan Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) antara pengiktirafan kepada pemain-pemain bola sepak profesional daripada PFAM.

Sebagai rekod, sesi pemilihan dibuat melalui panel pemilih yang terdiri daripada pengamal media yang memilih dan menyenarai pendek lima calon setiap bulan dan undian akan dibuka selama seminggu kepada seluruh peminat bola sepak di Malaysia.

Pengundi boleh membuat undian melalui desktop, laptop, telefon pintar, atau tablet dan boleh menggunakan semua jenis pelayar (browser) melalui laman web rasmi PFAM.

Semoga anugerah ini dapat menjadi pendorong kepada pemain untuk lebih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi mereka.