Polis tahan lima lelaki kes simbah cat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Lima individu termasuk dua wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan simbah cat merah di sebuah rumah di negeri ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek berusia 26 hingga 40 ditahan hasil serbuan ke atas dua buah rumah di kawasan Lanchang, Temerloh pada Rabu.

Menurutnya, susulan penahanan suspek itu, polis turut merampas beberapa barangan yang disyaki digunakan kumpulan itu termasuk cat merah.

"Siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam 35 kes simbah cat merah dan khianat harta benda di negeri ini.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1991 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ramli berkata, polis Pahang menasihatkan orang awam supaya tidak membuat pinjaman melalui aplikasi dalam talian tidak sah dan daripada pemberi pinjaman wang tidak berlesen.