Berbuka puasa di tanah perkuburan

Penduduk di Kampung Alor Hijau, Pasir Puteh mengadakan majlis berbuka puasa di tanah perkuburan.
Penduduk di Kampung Alor Hijau, Pasir Puteh mengadakan majlis berbuka puasa di tanah perkuburan.
A
A
A

PASIR PUTEH - Penduduk di Kampung Alor Hijau di sini, mengambil pendekatan mengadakan majlis berbuka puasa di tanah perkuburan bagi mengeratkan silaturahim sanak saudara yang masih hidup.

Pengarah program, Tuan Wi Tuan Ya berkata, ia merupakan acara tahunan mereka bagi memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

"Peluang ini kami gunakan untuk berkumpul serta mengadakan tahlil secara beramai-ramai sebelum berbuka puasa.

"Walaupun ada dalam kalangan ahli keluarga yang telah meninggal dunia, tetapi hubungan antara kami masih lagi kekal terjalin," katanya kepada pemberita di sini.

Penduduk mengadakan tahlil secara beramai-ramai sebelum berbuka puasa.
Penduduk mengadakan tahlil secara beramai-ramai sebelum berbuka puasa.

Beliau berhasrat menjadikan program ini sebagai acara tahunan setiap kali Ramadan bagi mengeratkan silaturahim.

Tuan Wi memberitahu, mereka tidak mahu generasi muda hanya menziarahi kubur apabila tiba Syawal sahaja.

"Saya mahu amalan menziarahi pusara ini dilakukan secara berkala," katanya.