Kilang proses kelapa terbakar

Sebuah kilang memproses kelapa hangus dijilat api dalam satu kebakaran di Taman Desa Country Home, Rawang pada Sabtu.
Sebuah kilang memproses kelapa hangus dijilat api dalam satu kebakaran di Taman Desa Country Home, Rawang pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah kilang memproses kelapa di Taman Desa Country Home, Rawang terbakar pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran sekitar jam 10.30 malam.

Katanya, semasa tiba di lokasi, sebuah kilang memproses kelapa sedang marak dijilat api.

"Bangunan setingkat berkeluasan 100x200 kaki persegi telah terbakar sebanyak 80 peratus.

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.58 malam," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan.