Pemandu bas putus tangan, dua penumpang cedera

Seorang pemandu bas putus tangan kanan, manakala dua penumpang mengalami kecederaan apabila selepas merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 37 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Pasir Puteh pada Sabtu.
Seorang pemandu bas putus tangan kanan, manakala dua penumpang mengalami kecederaan apabila selepas merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 37 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Pasir Puteh pada Sabtu.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang pemandu bas putus tangan kanan, manakala dua penumpang cedera apabila kenderaan tersebut merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 37 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di sini pada Sabtu.

Kejadian jam 4.20 petang itu berlaku ketika mangsa, Mohamad Amiruddin Azhar, 26, memandu bas henti-henti yang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu ke Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, kemalangan itu turut melibatkan tiga buah kereta.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila bas terbabit hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang sebelah kiri lori yang sedang berhenti semasa lampu isyarat merah.

"Susulan itu, lori tersebut telah meluncur ke hadapan dan merempuh tiga buah kenderaan yang berhenti di hadapannya," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, akibat daripada kemalangan tersebut, pemandu bas mengalami kecederaan parah dan putus tangan kanan.

Ujarnya, manakala dua penumpang mengalami kecederaan ringan.

Zaizul Rizal memberitahu, pemandu kenderaan lain yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut diminta menghubungi pihak polis di talian 011-62963162," katanya.