Liga Super: Perak, PKNP FC seimbang

Pemain Perak perlu pertajamkan jentera serangan jika mahu beraksi lebih jauh pada musim ini.
Pemain Perak perlu pertajamkan jentera serangan jika mahu beraksi lebih jauh pada musim ini.
A
A
A

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan Perak dan PKNP FC memiliki kekuatan seimbang menjelang aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM), malam esok.

Bagaimanapun katanya, skuad The Bos Gaurus itu dilihat berdepan masalah khususnya pada jentera serangan pasukan.

“Perak dan PKNP FC ni dah macam seimbang dan saya nampak prestasi PKNP FC semakin baik sejak kebelakangan ini.

“Tetapi masalah pula dengan Perak terutamanya di posisi serangan yang dilihat agak kurang berbisa dan tumpul.

"Oleh itu jentera serangan Perak perlu dipertajamkan lagi demi merobek gawang lawan," katanya.

Sementara itu Ahmad Faizal berkata, sekiranya Perak gagal mengatasi masalah ketumpulan jentera serangannya, PKNP FC memiliki peluang yang baik mencatatkan kejayaan pada pertembungan suku akhir pertama saingan Piala FA di gelanggang sama 30 April ini.

“Kalau Perak tak dapat pertajamkan serangan mereka, PKNP FC adalah pasukan yang baik untuk ke separuh akhir.

“Bagaimanapun, saya tetap sokong kedua-dua pasukan,” katanya.

Artikel Berkaitan: