KL City turunkan pemain simpanan berdepan Imigresen FC

Bojan Hodak - Foto Facebook Kuala Lumpur City
Bojan Hodak - Foto Facebook Kuala Lumpur City
A
A
A

PENGENDALI Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak akan menurunkan pemain simpanan dalam aksi Pusingan 16 Piala FA menentang Imigresen FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Jumaat.

Menurutnya, keputusan itu bukan kerana memandang rendah pasukan lawan sebaliknya mahu pemain diberikan peluang bermain dan membuktikan mereka layak berada dalam kesebelasan utama.

“Perlawanan seperti ini adalah teruk kerana pemain akan anggap ia mudah, kerana itulah Piala FA terkenal dengan kejutan.

“Jadi, mungkin bagus jika saya letakkan pemain yang jarang bermain kerana mereka akan ambil serius perlawanan seperti ini.

“Musim ini kami mempunyai pemain ‘squad depth’ yang lebih baik berbanding musim lalu dan boleh menggantikan pemain utama dengan pemain simpanan pada bila-bila masa,” katanya.

Dalam pada itu, Bojan mengakui Imigresen bukan lawan yang mudah apatah lagi turut dibarisi beberapa pemain berpengalaman dalam pasukan.

“Kami perlu hadir dalam perlawanan tersebut dengan serius. Apabila bertemu dengan pasukan kuat seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) atau Selangor saya tidak perlu memotivasikan pemain kerana mereka boleh termotivasi sendiri menentang lawan kuat.

“Tetapi, untuk menentang pasukan seperti Imigresen, motivasi adalah perkara paling utama. Sebab itu, Piala FA selalunya berlaku kejutan,” katanya.


JADUAL PIALA FA 2023

PUSINGAN 16

JUMAAT (14 APRIL)

JDT lwn PDRM FC

(Stadium Sultan Ibrahim, 10 malam)

Terengganu FC lwn Melaka FC

(Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, 10 malam)

Kuala Lumpur City FC lwn Imigresen FC

(Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, 10 malam)

Manjung FC lwn Kelantan FC

(Stadium Majlis Perbandaran Manjung, 10 malam)

SABTU (15 APRIL)

Kuching City FC lwn Penang FC

(Stadium Negeri, 9.15 malam)

Sabah FC lwn Kelantan United

(Stadium Likas, 9.15 malam)

Negeri Sembilan lwn PIB Shah Alam

(Stadium Tuanku Abdul Rahman, 10 malam)

Selangor FC lwn Sri Pahang FC

(Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 10 malam)