Wanita maut motosikal ditunggang langgar pokok

Gambar di lokasi kejadian yang dikongsi orang ramai di laman sosial.
Gambar di lokasi kejadian yang dikongsi orang ramai di laman sosial.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang wanita maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok di Kampung Baung, Pengkalan Chepa jam 6.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa Nur Hayati Hafiza Alias, 28, seorang pekerja syarikat pembersihan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala dan badan.

Beliau berkata, mangsa yang beralamat di Wakaf Bharu menunggang motosikal jenis Modenas dari arah Pengkalan Chepa menghala ke Kota Bharu.

"Siasatan awal mendapati apabila mangsa tiba di lokasi berdekatan sebuah restoran segera Jalan Tok Guru, motosikalnya hilang kawalan dan terbabas melanggar pokok di bahu kiri jalan.

"Akibat pelanggaran itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat dibawa ke Hospital Hospital Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: