Karnival pendidikan tawar pelbagai aktiviti menarik


Karnival Pendidikan Sinar Bestari akan diadakan di Dataran Karangkraf pada 10 hingga 12 Mei ini.
Karnival Pendidikan Sinar Bestari akan diadakan di Dataran Karangkraf pada 10 hingga 12 Mei ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Karnival Pendidikan Sinar Bestari dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang tiga hari bermula 10 hingga 12 Mei di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, antara aktiviti menarik termasuk Hari Kantin oleh beberapa sekolah terpilih, sukan elektronik (e-sukan), pameran dan pertunjukan daripada beberapa agensi kerajaan.

Nik Justin
Nik Justin

Menurutnya, karnival berkenaan bukan sahaja memberi tumpuan kepada akademik, sebaliknya kemahiran insaniah (soft skill) dan teknikal turut diterapkan dalam program tersebut.

“Fokus kepada program kali ini memberi tumpuan kepada pendidikan digital atau edutainment akan memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung.

“Paling utama adalah keterlibatan semua pemain industri pendidikan dan juga agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut bersama-sama membuka reruai (booth) serta melakukan aktiviti bersama pengunjung,” ujarnya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Tambah Nik Justin, terdapat beberapa syarikat swasta seperti TikTok yang merupakan media rasmi bagi program itu, Google dan beberapa organisasi teknologi akan hadir sebagai pempamer.

Jelasnya, para pelajar juga boleh mengetengahkan bakat mereka menerusi pertandingan pancaragam, koir, Sinar Bestari Got Talent dan sebagainya.

Justeru, beliau berharap orang ramai untuk datang dan menyaksikan karnival pendidikan yang berbeza.

“Objektif Sinar Bestari yang lebih menumpukan kepada segmen kemahiran insaniah dan juga teknikal merupakan kolaborasi menarik kerana bagi saya pendedahan di luar bilik darjah penting bagi mengasah minat mereka selain pendidikan formal.

“Kita sendiri telah mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menganjurkan karnival ini dan kami menyasarkan lebih daripada 5,000 orang pengunjung setiap hari,” katanya.