Penganggur dituduh simbah cat pintu masjid

Seorang penganggur, Azrin Ali, 39, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat menyimbah cat di pintu sebuah masjid pada minggu lalu.
Seorang penganggur, Azrin Ali, 39, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat menyimbah cat di pintu sebuah masjid pada minggu lalu.
A
A
A

MELAKA - Seorang penganggur berdepan pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan melakukan khianat menyimbah cat di pintu sebuah masjid pada minggu lalu.

Tertuduh, Azrin Ali, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan khianat dengan cara menyimbah cat berwarna ungu di pintu Masjid Tengkera, Jalan Tengkera di sini kira-kira jam 5.50 pagi pada 19 April lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula untuk laporan kesihatan mental tertuduh, selain lantikan peguam.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun tidak membuat sebarang rayuan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk pemeriksaan kesihatan mental.

Muhammad Nazrin menetapkan 29 Mei depan untuk sebutan semula kes dan serahan laporan kesihatan mental tertuduh.

Artikel Berkaitan: