PLUS FC juara Divisyen Satu Liga Premier Selangor

Pemain PLUS FC dan Zakaria meraikan kejayaan menjuarai Divisyen Satu Liga Premier Selangor pada Ahad.
Pemain PLUS FC dan Zakaria meraikan kejayaan menjuarai Divisyen Satu Liga Premier Selangor pada Ahad.
A
A
A

SKUAD bola sepak PLUS FC mencipta sensasi dalam penampilan sulung apabila menjuarai Divisyen Satu Liga Premier Selangor setelah menewaskan AS Gaison FC, 2-1 pada perlawanan akhir di Radia Arena Bukit Jelutong pada Ahad.

Skuad kendalian bekas pemain KL PLUS, Mohd Faizal Ab Rahman terlebih dulu memecah kebuntuan menerusi sepakan percuma Asnan Awal Hisyam pada minit ke-22 bagi mendahului separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, AS Gaison yang menggandakan serangan berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-49, sekali gus menghidupkan kembali permainan.

Gol kemenangan PLUS FC, akhirnya hadir selepas pemain PLUS FC, Nazrin Syamsul Bahri bijak menyempurnakan peluang pada minit-minit akhir sekali gus mengesahkan kejuaraan milik pasukan itu.

Nazrin Syamsul pemain terbaik perlawanan akhir tersebut.
Nazrin Syamsul pemain terbaik perlawanan akhir tersebut.

Sementara itu, Pengurus PLUS FC, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata kejayaan itu adalah hasil kerja keras pasukan dan pemain-pemain selama enam bulan.

“Saya percaya PLUS FC layak dinobatkan sebagai juara atas usaha serta semangat juang yang tinggi semua pemain-pemain saya.

“Kami kini bersedia untuk bersaing di Liga Juara Selangor pada Julai depan,” ujarnya.

Sebagai rekod, sebanyak 16 pasukan dari seluruh Selangor menyertai Liga Premier Divisyen Satu Selangor musim ini.

Kejayaan PLUS FC menjuarai liga tersebut membolehkan kelab itu layak ke peringkat playoff Liga Juara Selangor yang bakal bermula Julai depan.

Nazrin Syamsul Bahri turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir manakala penjaga gawang PLUS FC, Muhammad Aiman Zulkepli dinobatkan Penjaga Gol Terbaik Perlawanan Akhir.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi hadir menyampaikan hadiah kepada pasukan para pemain.