Sidang DUN Pulau Pinang bermula hari ini

Abdul Rahman memeriksa perbarisan pada perasmian penggal kedua Sidang DUN ke 14 tadi.
Abdul Rahman memeriksa perbarisan pada perasmian penggal kedua Sidang DUN ke 14 tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Penggal kedua Sidang DUN Pulau Pinang ke-14 bermula hari ini dengan upacara perasmian yang disempurnakan Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Dr Abdul Rahman Abbas di Dewan Sri Pinang tadi.

Abdul Rahman tiba diiringi isteri, Toh Puan Majimor Shariff di pekarangan dewan pada jam 10.25 pagi disambut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan barisan wakil rakyat Pulau Pinang.

Beliau turut memeriksa perbarisan yang dianggotai 102 anggota dan tiga pegawai Pasukan Simpanan Persekutuan Pulau Pinang yang diketuai Deputi Superintendan Mohd Ifazan Ishak.

Perbarisan tersebut diiringi Pancaragam Polis Diraja Malaysia Kontinjen Kedah yang diketuai Mohd Noor Effendy Mohd Yusof.

Sementara itu, pembawa panji perbarisan pula dilaksanakan Inspektor Shafik Yusoff.

Persidangan DUN Pulau Pinang pada penggal ini akan bersidang di Dewan Sri Pinang kerana bangunan DUN di Lebuh Light sedang dijalankan kerja-kerja pemuliharaan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sidang DUN Pulau Pinang dijadual berlangsung bermula hari ini hingga 6 Mei dan ia adalah kali ketiga sidang DUN diadakan di luar bangunan DUN iaitu di Dewan Sri Pinang pada 2005 dan Universiti Sains Malaysia pada 1995.

Kerja-kerja pemuliharaan tersebut dijangka dapat disiapkan pada 11 Mac tahun depan.

Artikel Berkaitan: