Krabi lokasi paling panas di Thailand

Wilayah Krabi menjadi lokasi paling panas di Thailand pada minggu ini. - Foto: Agensi
Wilayah Krabi menjadi lokasi paling panas di Thailand pada minggu ini. - Foto: Agensi
A
A
A

BANGKOK - Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan bahawa wilayah Krabi akan menjadi tempat paling panas pada Ahad, dengan indeks haba dijangka mencecah 54.2 darjah Celsius.

Tempat kedua paling panas di Thailand ialah daerah Bang Na di Bangkok, di mana indeks haba dijangka melonjak kepada 50.2 darjah Celsius.

Tiga lagi kawasan paling panas ialah Phetchabun (44.3 darjah Celsius), Chonburi (43.2 darjah Celsius), dan daerah Chok Chai di Nakhon Ratchasima (41.3 darjah Celsius).

Jabatan memberi amaran kepada mereka tidak menghabiskan masa di luar ketika suhu antara 41 darjah Celsius dengan 54 darjah Celsius berisiko mengalami kekejangan otot dan strok haba.

Awal bulan ini, ahli politik dan hartawan Thailand, Chonsawat Asavahame, 54 tahun, meninggal dunia akibat strok haba.

Strok haba boleh berlaku apabila suhu badan seseorang melebihi 40 darjah Celsius.

Gejala lain termasuk kekeliruan, keletihan, pertuturan yang tidak jelas, hilang sedar dan sawan. - Agensi