Gagasan 'Rahmatan Lil Alamin' dasar baharu negara

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (kiri) semasa sesi Town Hall Maqasid Syariah Bersama Warga Kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Dewan Keusahawanan UMK Kampus Kota Taman Bendahara Pengkalan Chepa, malam tadi. - Foto Bernama
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (kiri) semasa sesi Town Hall Maqasid Syariah Bersama Warga Kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Dewan Keusahawanan UMK Kampus Kota Taman Bendahara Pengkalan Chepa, malam tadi. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Gagasan Rahmatan Lil Alamin bakal menjadi dasar baharu negara selepas ia diluluskan dalam mesyuarat kabinet tidak lama lagi.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, perkara itu telah dibawa ke Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) sebelum ini.

Katanya, MKI adalah mesyuarat tertinggi agama Islam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dianggotai menteri besar, ketua menteri, wakil exco, dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam negeri.

"Di peringkat kabinet juga penting dan kita akan bentangkan. Jika ia dijadikan dasar baru sudah pasti ia akan diterima di semua peringkat kementerian untuk diterapkan sebagai dasar baru negara.

"Perkara itu akan dibawa kepada Majlis Raja-Raja kemudiannya akan dibincangkan, dan jika setuju ia akan dijadikan dasar rasmi negara yang sesuai sebagai negara rahmah," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Jelajah Kampus Rahmatan Lil Alamin di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Pengkalan Chepa malam tadi.

Mujahid (duduk, tengah) bergambar selepas program Jelajah Kampus Rahmatan Lil Alamin di UMK Kota Bharu malam tadi.
Mujahid (duduk, tengah) bergambar selepas program Jelajah Kampus Rahmatan Lil Alamin di UMK Kota Bharu malam tadi.

Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Canselor UMK, Prof Dr Noor Azizi Ismail.

Mujahid juga bersyukur kerana tiada halangan untuk merealisasikan hasrat itu dan beliau sendiri sudah menjelajah beberapa kementerian untuk menerangkan gagasan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai sesi Jelajah Kampus Rahmatan Lil Alamin itu, beliau sudah menjejak empat universiti dan UMK adalah universiti pertama di pantai timur yang dihadirinya.

Sesi jelajah itu memberi peluang untuk beliau menerangkan dasar pentadbiran baharu berdasarkan Islam secara telus untuk mahasiswa bertanya sebarang soalan bagi mendapat maklumat tepat.

Katanya, sesi jelajah itu akan diteruskan sedikit ketika Ramadan seterusnya bersambung selepas Ramadan nanti.

Mujahid juga sempat berswafoto bersama tetamu yang hadir.
Mujahid juga sempat berswafoto bersama tetamu yang hadir.

Mengulas mengenai masjid yang enggan dijadikan sebagai pusat politik kepartian Mujahid berkata, pihaknya mahu menjadikan sesebuah masjid itu sebagai masjid rahmah, harmoni, mesra dan hormat di beberapa negeri.

Katanya, politik di masjid telah menjejaskan usaha untuk menyampaikan Islam secara bebas sedangkan ia juga adalah hasrat raja-raja untuk melihat mimbar bebas dan tidak berpecah-belah.