Pewartaan PSKL 2040 ditangguh hingga 31 Mei - PM

Anwar - Foto Bernama
Anwar - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pewartaan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) akan ditangguhkan sehingga 31 Mei bagi membolehkan pelanjutan sesi libat urus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, langkah itu akan membolehkan DBKL mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan dalam satu tempoh yang mencukupi bagi memberi penjelasan, di samping mendapatkan maklum balas sewajarnya berkaitan pewartaan PSKL 2040.

Anwar yang mempengerusikan sesi pembentangan Draf PSKL 2040 oleh Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL semalam, mengambil maklum bahawa proses penyediaan dokumen itu dilaksanakan mengikut keperluan yang diperuntukkan di dalam Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267) dengan teratur.

"Kendatipun begitu, saya juga mengambil perhatian akan pandangan yang berkehendakkan supaya pewartaan dokumen ini ditangguhkan bagi memberi peluang yang lebih luas kepada pihak berkepentingan yang lain untuk menyatakan pandangan terhadap pelan pemajuan Bandaraya Kuala Lumpur,” katanya. - Bernama