Lebanon, Israel tidak mahu peperangan - Misi pengaman PBB

Tentera Israel melakukan rondaan berhampiran Kibuttz Malkia yang bersempadan dengan Lubnan pada Jumaat. - Foto Bernama
Tentera Israel melakukan rondaan berhampiran Kibuttz Malkia yang bersempadan dengan Lubnan pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

BEIRUT - Misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) mendedahkan Israel dan Lubnan tidak mahu peperangan meskipun berlakunya kejadian berbalas serangan antara kedua-dua pihak, lapor agensi berita Jerman dpa.

"Kedua-dua pihak menyatakan mereka tidak mahu perang,” menurut Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), yang memantau keselamatan di sempadan Lubnan dengan Israel, dalam satu kenyataan.

Misi pengaman PBB berkata bahawa ia sedang berhubung dengan kedua-dua negara, yang kini dilanda konflik.

UNIFIL menyeru semua yang terlibat untuk menghentikan serangan.

"Serangan sepanjang hari lalu adalah berbahaya dan berisiko meningkatkan ketegangan," menurut kenyataan itu.

Pihak keselamatan Lubnan memaklumkan sekurang-kurangnya tiga letupan kedengaran selepas jet Israel membedil kawasan pertanian yang terletak di pinggir kem pelarian Palestin berhampiran bandar Tyre di selatan Lubnan pada waktu Subuh.

Tentera Israel pula mendakwa kira-kira 34 peluru berpandu dilancarkan ke Israel, menandakan satu daripada serangan terbesar sejak 2006. - Bernama-DPA