Lelaki gigit ular kerana dendam kena patuk

Mohan (kanan) dan dua lagi rakannya berdepan hukuman keras kerana menganiaya dan membunuh haiwan liar.
Mohan (kanan) dan dua lagi rakannya berdepan hukuman keras kerana menganiaya dan membunuh haiwan liar.
A
A
A

CHENNAI - Seorang pemuda menggigit sehingga putus kepala seekor ular hidup dalam kejadian yang mencetuskan kritikan meluas di negeri Tamil Nadu, India baru-baru ini.

Insiden di daerah Arakkonam itu turut dirakam dengan bantuan dua rakan pelaku yang kemudiannya memuat naik video kejadian di platform media sosial.

Bagaimanapun, tindakan tiga pemuda tersebut mengundang padah apabila mereka dicekup pegawai jabatan hutan.

"Susulan aduan daripada orang awam, kami bertindak menahan tiga individu di Kainoor.

"Selepas disoal siasat, pelaku utama dalam video yang tular itu mengaku berbuat demikian semata-mata mahu mendapatkan tanda suka di Facebook," ujar Pegawai Hutan Arcot, Saravanan Babu.

Menerusi video yang tular, individu bernama Mohan dilihat menangkap seekor ular berukuran 30 sentimeter (sm) sebelum menggigit sehingga putus kepala haiwan malang itu.

Di dalam video itu juga Mohan menjustifikasikan tindakannya sebagai perbuatan membalas dendam kerana ular tersebut terlebih dahulu mematuknya. - Agensi